CELEBRATING OUR NATION'S GOLDEN JUBILEE OF INDEPENDENCE
It is our nations 50th Anniversary of our Independence.Have you prepared yourself for the awaited moment? "Kenali Malaysia....Cintai Malaysia" .. "To know Malaysia is to Love Malaysia" ...not the greatest of promos but serves its purpose...
As we countdown to 1 year this 31st August 2006, let us try to make our nation proud by flying the nation's flag up high. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
Sejak laungan kemerdekaan bergema di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 1957 oleh Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, negara kita telah maju mara ke hadapan. Hanya seminggu lagi, negara Malaysia genap 49 tahun dan kita akan bersama-sama menghitung hari demi hari untuk Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia.
Sama-sama, kita rakyat Malaysia mengibar bendera Malaysia dengan megahnya di ruang angkasa. Ingatlah lagu kebangsaan kita, Lagu Negaraku:
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju,
Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta;
Rahmat bahgia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

0 Comments:
Post a Comment
<< Home